Topik 2
Gerak Kerja Kreatif untuk Sekolah Rendah dan Menengah
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan maksud Gerak Kerja Kreatif;
2. Mengaplikasi proses untuk menghasilkan sebuah catan mural; dan
3. Mengaplikasi cara untuk menghasilkan sebuah landskap.
PENGENALAN
AKTIVITI 2.1
Anda dikehendaki mencari maklumat-maklumat tambahan yang lain berkenaan dengan Gerak Kerja Kreatif yang lain dan cuba rancangkan satu aktiviti kreatif di kalangan rakan-rakan sekelas anda.
2.1 PENGENALAN GERAK KERJA KREATIF
Gerak Kerja Kreatif adalah merupakan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan dan dilaksanakan secara berkumpulan. Ianya melibatkan lebih dari seorang individu. Dalam keadaan gerak kerja berkumpulan ini ianya akan menjadikan idea itu lebih unik dan berkembang dengan lebih cepat. Ianya juga secara tidak langsung akan melatih kita untuk bekerja secara berkumpulan.
2.1.1 Definisi Gerak Kerja Kreatif
2.1.2 Objektif Gerak Kerja Kreatif
Objektif-objektif Gerak Kerja Kreatif ini adalah:
(a) Memupuk kerjasama secara berkumpulan;
(b) Melatih pelajar-pelajar supaya menjadi lebih kreatif dalam proses menghasilkan kerja seni;
(c) Mendisiplinkan diri pelajar dalam proses menghasilkan kerja seni; dan
(d) Melatih pelajar untuk meneroka, mengembangkan dan memurnikan idea-idea kreatif yang baru.
AKTIVITI 2.2
Anda dikehendaki memikirkan satu tema dan konsep yang bersesuaian dan menarik untuk menghasilkan sebuah mural di sekolah.
2.2 AKTIVITI PENGHASILAN MURAL
Salah satu aktiviti yang telah dipilih dalam Gerak Kerja Kreatif ini adalah penghasilan mural. Ianya merupakan gerak kerja yang dijalankan secara berkumpulan. Lazimnya, penghasilan mural ini dilakukan di bahagian luar bangunan sebagai satu hiasan dinding bagi mencantikkan bangunan tersebut.
2.2.1 Definisi Mural
2.2.2 Proses Pemilihan Tema dan Reka Bentuk
2.2.3 Pengurusan dan Perlaksanaan Mural
Rajah 2.3: Contoh perlaksanaan mural di sekolah
Sumber: http://www.woodchuck-creations.com/MU_hb70184.jpg
2.3 AKTIVITI REKA BENTUK LANDSKAP
2.3.1 Definisi Landskap
(a) Elemen Fizikal (bentuk muka bumi);
(b) Elemen Benda Hidup (!ora dan fauna);
(c) Elemen Abstrak (keadaan cuaca);
(d) Elemen Bangunan (seni bina); dan
(e) Elemen Manusia (aktiviti manusia).
Contoh-contoh landskap yang telah siap dibina

2.3.2 Peranan dan Fungsi LandskaP
Secara umumnya, landskap terbahagi kepada dua jenis yang utama. Jenis-jenis landskap itu adalah:
(a) Jenis Landskap Lembut
Landskap jenis ini adalah terdiri daripada pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan hiasan taman.
(b) Jenis Landskap Kejur/Kasar
Landskap jenis ini pula, terdiri daripada unsur-unsur binaan , tempat sampah, papan tanda, lampu, arca-arca awam dan elemen !zikal yang lain.
Fungsi dan peranan utama landskap dalam kehidupan seharian adalah:
(a) Memberi Teduh
(b) Pengawal Visual
(c) Sebagai Dinding / Tirai
Ianya akan menjadi penghalang kegiatan yang berlaku di dalam rumah daripada dilihat dari luar rumah. Melindungi kedudukan rumah yang berada di lokasi bawah bukit. Selain daripada itu, ianya juga menjadi pelindung penglihatan yang mengerunkan seperti cerun bukit dan gaung yang dalam
(d) Mengawal Kebisingan
Pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan boleh bertindak sebagai agen penapis untuk mengurangkan kebisingan bunyi kenderaan dan sebagainya.
(e) Mengawal Hakisan Tanah
Tumbuh-tumbuhan yang telah ditanam akan dapat membantu dan mengawal hakisan air dengan dua cara: (i) Rimbunan pokok yang banyak akan mengurangkan tujahan terus air yang jatuh ke tanah (ii) Akar-akar pokok akan bertindak mencengkam tanah daripada terus menerus dihakis oleh air.
(f) Mengarah Pergerakan
Penanaman pokok-pokok bunga pagar dan tanaman penutup muka bumi yang banyak akan dapat membantu untuk mengarahkan pergerakan lalu lintas, terutama individu yang berjalan kaki. Tumbuh-tumbuhan tadi boleh digunakan untuk menghalang pergerakan terutamanya di kawasan yang dilarang masuk.
(g) Melindungi Spesies Serangga/Binatang
Tumbuh-tumbuhan yang ditanam juga akan menjadi habitat dan perumah bagi serangga, burung, tupai, riang-riang dan sebagainya.
(h) Mengawal Tiupan Angin
Pokok yang ditanam juga akan dapat membantu mengawal tiupan angin yang kuat. Ianya juga berperanan secara langsung sebagai penapis angin. Pergerakan angin akan menjadi perlahan dan terkawal apabila melalui kawasan yang mempunyai pokok-pokok besar.
(i) Membentuk Ruang
Tumbuh-tumbuhan boleh digunakan bagi tujuan membentuk sempadan kepada ruang-ruang yang tertentu. Tumbuh-tumbuhan yang berbagai jenis saiz juga akan dapat membentuk ruang.
(j) Melembutkan Pemandangan Seni Bina
Tumbuh-tumbuhan yang ditanam juga akan dapat melembutkan pemandangan bangunan-bangunan yang tinggi.
(k) Mengikat Bangunan dan Struktur dengan Permukaan Bumi
Struktur bangunan akan kelihatan lebih teguh dan terikat dengan permukaan bumi apabila ianya dikelilingi dan dilitupi dengan tumbuh-tumbuhan.
(l) Penyatuan Pelbagai Jenis Elemen Rekaan
2.3.3 Proses Pemilihan Tema dan Reka Bentuk
(a) Mengenal Ciri-ciri Landskap
Sebelum anda memilih sebarang tema yang akan digunakan dalam membuat reka bentuk landskap ini, anda juga harus mengetahui terlebih dahulu ciri-ciri landskap yang akan dibina.
(i) Pemilihan Pokok dan Tumbuhan
(ii) Topogra" Kawasan
Keadaan dan rupa bentuk muka bumi sama ada ianya berbukit-bakau, landai ataupun terdapat aliran sungai di kawasan berkenaan.
(iii) Air
(b) Langkah-langkah Menyediakan Plan Landskap;
(i) Langkah Pertama
Menandakan dan membuat pergerakan di kawasan persekitaran sekolah.
(ii) Langkah Kedua
Mengenal pasti jenis tumbuhan dari aspek hayat hidup, saiz, rupa, bentuk, warna dan jalinan.
(iii) Langkah Ketiga
Membuat lakaran pelan ruang persekitaran sekolah dengan menggunakan pensel. Kerja ini berdasarkan pengetahuan asas seni
reka.
(iv) Langkah Keempat
Proses pemilihan lukisan pelan adalah berdasarkan kepada keperluan jenis-jenis pokok dan alat perabot luaran yang sesuai. Pastikan aspek-aspek rekaan dipenuhi.
(v) Langkah Kelima
Melukis lukisan yang lengkap dengan perspektif tentang landskap
berdasarkan susun atur, skala lukisan dan pandangan tirus lukisan
dua dimensi untuk mendapatkan perspektif tiga dimensi.
(vi) Kemasan
Pelan dan lukisan hendaklah dilekatkan pada bingkai dan pastikan ada ruang nama, tajuk dan penunjuk arah.
Sumber: http://www.conceptdraw.com/products/img
2.3.4 Perlaksanaan Reka Bentuk Landskap
(a) Peringkat Merancang Perlandskapan
(i) Keringkasan
Reka bentuk yang ringkas, teratur, dan menggunakan unsur-unsur yang penting sahaja.
(ii) Beraneka
Beraneka jenis warna, bentuk dan saiz digunakan, ini bagi mengelakkan kebosanan.
(iii) Keseimbangan Menampakkan keseimbangan antara unsur landskap dengan alam
sekitar.
(iv) Penumpuan
Adakan satu kawasan tumpuan bagi menarik perhatian orang ramai.
(v) Berturutan
Berlakunya perubahan sesuatu unsur reka bentuk dan ianya berlaku secara beransur-ansur.
(c) Melaksanakan Perlandskapan
Peringkat ini adalah merangkumi peringkat-peringkat penanaman dan pembinaan.
(d) Menyelenggarakan Perlandskapan
RUMUSAN
Al Hurwitz & Day, M. (2007). Children and their art: Methods for the elementary
school (8th.Ed.). Belmont C. A: Thomson Wadsworth.
Duane, & Preble, S. (1996). Art forms (6th.Ed.) New York: Harper Collins Publishing.
Maimunah Haji Omar, (1993). Panduan pengendalian seminar & panduan penyediaan
kertas kerja: BIROTEKS, ITM : Shah Alam.
Samsudin Wahab (2006). Mengurus majlis & acara rasmi. PTS Profesional: KualaLumpur.
Teruskan Membaca...
Gerak Kerja Kreatif untuk Sekolah Rendah dan Menengah
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan maksud Gerak Kerja Kreatif;
2. Mengaplikasi proses untuk menghasilkan sebuah catan mural; dan
3. Mengaplikasi cara untuk menghasilkan sebuah landskap.
PENGENALAN
Setelah anda mengetahui secara ringkas tentang senarai aktiviti-aktiviti yang telah dikenal pasti dan dipilih untuk dijadikan sebagai aktiviti-aktiviti yang perlu anda pelajari bagi menambahkan ilmu pengetahuan dan menimba pengalaman sebenar sebagai persediaan diri sebagai guru pendidikan seni kelak. Topik ini adalah merupakan penjelasan dan penerangan tentang aktiviti yang pertama dalam senarai aktiviti-aktiviti didalam modul Projek Khas ini. Dalam topik ini nanti anda akan didedahkan kepada beberapa aktiviti yang memerlukan daya kreativiti dan pemikiran yang kritis untuk melaksanakannya.
Aktiviti-aktiviti berkenaan adalah aktiviti Gerak Kerja Kreatif yang melibatkan proses untuk menghasilkan sebuah mural dan proses untuk menghasilkan sebuah landskap yang menarik serta boleh membantu mencantikkan lagi suasana persekitaran. Di samping itu juga ianya boleh membantu ke arah pemeliharaan alam sekitar yang bersih.
AKTIVITI 2.1
Anda dikehendaki mencari maklumat-maklumat tambahan yang lain berkenaan dengan Gerak Kerja Kreatif yang lain dan cuba rancangkan satu aktiviti kreatif di kalangan rakan-rakan sekelas anda.
2.1 PENGENALAN GERAK KERJA KREATIF
Gerak Kerja Kreatif adalah merupakan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan dan dilaksanakan secara berkumpulan. Ianya melibatkan lebih dari seorang individu. Dalam keadaan gerak kerja berkumpulan ini ianya akan menjadikan idea itu lebih unik dan berkembang dengan lebih cepat. Ianya juga secara tidak langsung akan melatih kita untuk bekerja secara berkumpulan.
2.1.1 Definisi Gerak Kerja Kreatif
Al Hurwitz dan Day, M. (2007) menjelaskan bahawa Gerak Kerja Kreatif itu adalah aktiviti-aktiviti yang melibatkan pemikiran yang kreatif dan kritis di samping melahirkan idea-idea baru yang boleh dikongsi bersama. Mereka juga menegaskan bahawa gerak kerja ini adalah bersifat in!niti dan tidak pernah ada titik penghujung.Umumnya, gerak kerja ini merujuk kepada perancangan dan perlaksanaan
aktiviti-aktiviti yang memerlukan lebih daripada seorang individu. Contohnya, dalam proses membuat kain rentang ataupun menghasilkan ‘rock-garden’ di sekolah, ianya akan melibatkan banyak pihak dan ianya memerlukan satu perancangan dan persiapan yang sangat rapi. Namun begitu gerak kerja kreatif ini juga merupakan salah satu aktiviti yang boleh melatih kita mendisiplinkan diri di dalam proses menghasilkan sebuah karya seni.
Objektif-objektif Gerak Kerja Kreatif ini adalah:
(a) Memupuk kerjasama secara berkumpulan;
(b) Melatih pelajar-pelajar supaya menjadi lebih kreatif dalam proses menghasilkan kerja seni;
(c) Mendisiplinkan diri pelajar dalam proses menghasilkan kerja seni; dan
(d) Melatih pelajar untuk meneroka, mengembangkan dan memurnikan idea-idea kreatif yang baru.
Objektif-objektif yang disarankan ini dilihat sangat relevan dengan aspirasi pendidikan seni visual. Ini disebabkan subjek ini dilihat sebagai satu cabang disiplin yang membolehkan !kiran kreatif berkembang kerana sifatnya yang tidak konservatif dan tidak jumud. Gerak kerja dan aktiviti seni visual itu seharusnya dijadikan satu landasan terbaik bagi proses pembelajaran di sekolah untuk mengembangkan kreativiti di kalangan murid. Selain menggalakkan penjanaan idea, aktiviti ini banyak
memberikan peluang dan kebebasan kepada murid untuk melakukan eksplorasi dan percubaan bagi menghasilkan sesuatu karya seni yang terbaik.
AKTIVITI 2.2
Anda dikehendaki memikirkan satu tema dan konsep yang bersesuaian dan menarik untuk menghasilkan sebuah mural di sekolah.
2.2 AKTIVITI PENGHASILAN MURAL
Salah satu aktiviti yang telah dipilih dalam Gerak Kerja Kreatif ini adalah penghasilan mural. Ianya merupakan gerak kerja yang dijalankan secara berkumpulan. Lazimnya, penghasilan mural ini dilakukan di bahagian luar bangunan sebagai satu hiasan dinding bagi mencantikkan bangunan tersebut.
2.2.1 Definisi Mural
Al Hurwitz dan Day, M. (2007) menjelaskan takrifan mural ini di dalam buku mereka yang berjudul ‘Children and Their Art’ sebagai sebuah catan yang sangat besar yang dihasilkan di atas dinding. Mural ini juga merupakan sebahagian daripada hasil karya seni yang sangat unik dan proses penghasilannya memerlukan perancangan yang rapi dan mengambil masa yang lama untuk
disiapkan. Misalnya pada zaman Renaissance, Michelangelo telah pun menghabiskan masanya selama 14 tahun untuk menyiapkan keseluruhan mural di dalam Sistine Chapel, Rom. Pada zaman itu beliau menggunakan fresco sebagai bahan utama untuk menghasilkan mural. Walaupun mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan namun ianya masih kekal sebagai satu hasil karya seni yang agung
sehinggalah ke hari ini. Berdasarkan kepada sejarah seni Barat, sejarah penghasilan mural ini telah
bermula sejak Zaman Paleolitik (35,000-8,000) sebelum masehi lagi. Mural yang pertama sekali ditemui di Gua Lascaux, Montignac, Perancis. Ianya dipercayai dihasilkan oleh golongan primitif di sekitar tahun 15,000-10,000 sebelum tahun masehi. Mereka menghasilkan mural ini pada dinding-dinding gua yang menjadi kediaman mereka dengan menggunakan batu kapur sebagai bahan untuk melukis. Secara keseluruhannya, dapatlah ditakrifkan mural ini adalah merupakan satu catan bersaiz besar yang dihasilkan di atas satu permukaan dinding dan mempunyai tema yang telah ditetapkan oleh penaja ataupun oleh pelukis itu sendiri.
2.2.2 Proses Pemilihan Tema dan Reka Bentuk
Seseorang guru itu mesti bijak memainkan peranannya dalam merancang pelaksanaan penghasilan catan mural ini. Kebiasaannya, aktiviti menghasilkan mural ini dijalankan secara berkumpulan. Tema yang lazimnya digunakan adalah berdasarkan kepada isu-isu sekeliling ataupun berdasarkan pada pengalaman dan kehendak kumpulan pelajar berkenaan.
Guru boleh mendedahkan pelajar kepada poster-poster, papan tanda, !lem dan sebagainya sebelum mereka memulakan lakaran idea yang pertama. Ini bertujuan agar mereka mendapat sedikit-sebanyak pencetus idea permulaan. Guru hendaklah cuba mengenal pasti idea-idea yang boleh dikembangkan oleh pelajar
-pelajar bagi menyediakan satu lakaran cadangan kepada proses penghasilan mural yang sebenarnya nanti.
Subjek-subjek seperti bangunan-bangunan, rumah-rumah, kumpulan orang yang sedang melakukan satu aktiviti adalah sangat sesuai dipilih untuk tujuan penghasilan aktiviti secara berkumpulan ini. Cuba elakkan memilih tema yang menjurus ke arah peribadi sesorang pelajar itu. Ini akan menyebabkan
idea itu akan menjadi sempit dan sukar untuk dikembangkan dalam bentuk satu kumpulan. Guru juga disarankan agar dapat memilih tema-tema yang mempunyai banyak elemen-elemen rupa dan bentuk apabila ianya dihasilkan dalam bentuk mural nanti.
Apabila persetujuan ahli kumpulan telah diputuskan, guru bolehlah mengarahkan mereka untuk membuat beberapa cadangan dan perkembangan idea sebelum menghasilkan lakaran cadangan akhir berserta dengan cadangan kajian warna yang akan digunakan nanti.
2.2.3 Pengurusan dan Perlaksanaan Mural
Di dalam proses menghasilkan sebuah mural yang akan dibuat pada dinding sekolah beberapa perkara penting perlu diambil kira bagi melancar dan memudahkannya. Di antara perkara-perkara berkenaan adalah:
(a) Mengenal pasti dinding-dinding yang akan dibuat mural berdasarkan kepada idea-idea yang telah di putuskan;
(b) Membentuk satu kumpulan tenaga kerja kreatif yang dipilih dari kalangan pelajar. Kalau boleh biarlah kelab seni yang menguruskan hal-hal penghasilan mural ini. Aktiviti penghasilan mural ini akan lebih memberi makna kepada ahli-ahli yang terlibat;
(c) Menyediakan peralatan dan bahan-bahan yang akan digunakan untuk menghasilkan mural. Contohnya cat, berus, bekas untuk mencampur warna dan sebagainya;
(d) Sediakan tangga dan binalah menara, sekiranya diperlukan. Ianya bertujuan untuk mewarna di bahagian yang lebih tinggi;
(e) Guru dikehendaki menetapkan jangka masa yang diperlukan untuk menyiapkan sesuatu mural itu. Ini bertujuan supaya pelajar-pelajar yang terlibat dalam proses penghasilan mural itu tidak bosan. Dikhuatiri sekiranya proses penghasilannya terlalu lama akan melemahkan momentum kerja-kerja mereka; dan
(f) Apabila selesai penghasilan mural berkenaan, catatkan nama-nama mereka yang terlibat sebagai tanda penghargaan dan memotivasikan diri mereka dalam penghasilan karya seni.
Rajah 2.3: Contoh perlaksanaan mural di sekolah
Sumber: http://www.woodchuck-creations.com/MU_hb70184.jpg
2.3 AKTIVITI REKA BENTUK LANDSKAP
Tumbuh-tumbuhan adalah merupakan sebahagian daripada ekologi alam yang membekalkan oksigen, makanan dan kayu sebagai salah satu daripada bahan keperluan asas manusia. Berdasarkan pada fakta inilah aktiviti-aktiviti reka bentuk landskap dihasilkan. Ianya juga dihasilkan bagi memenuhi pemintaan pengguna dalam mencantikkan pemandangan sekeliling di samping membantu memelihara kitaran ekosistem yang kian tercemar.
Aktiviti menghasilkan landskap adalah merupakan satu gerak kerja yang dijalankan secara berkumpulan. Ianya adalah merupakan salah satu bentuk gerak kerja kreatif yang memerlukan kerjasama yang sempurna dan perancangan yang rapi dari mula sehinggalah siap sesuatu reka bentuk itu.
2.3.1 Definisi Landskap
Perkataan landskap ini berasal daripada negara Belanda yang disebut sebagai ‘lanschap’. Landskap bermaksud satu pemandangan yang asli dan gubahan pemandangan yang dihasilkan daripada unsur-unsur bahan asli atau binaan manusia untuk menjadikan suasana persekitaran lebih berfungsi dan menarik.
Ada sesetengah buku menyatakan maksud landskap adalah merupakan pemandangan yang boleh dilihat secara semula jadi ataupun buatan manusia. Ianya boleh dibahagikan kepada beberapa kategori yang merangkumi landskap, kediaman, komersial, institusi, pinggir jalan dan kemudahan awam.
Manakala reka bentuk landskap pula merupakan gabungan bidang reka bentuk taman dan reka bentuk seni bina landskap. Beberapa elemen harus diberikan perhatian yang utama dalam proses menghasilkan reka bentuk landskap yang menarik. Elemen-elemen itu adalah:
(b) Elemen Benda Hidup (!ora dan fauna);
(c) Elemen Abstrak (keadaan cuaca);
(d) Elemen Bangunan (seni bina); dan
(e) Elemen Manusia (aktiviti manusia).
Contoh-contoh landskap yang telah siap dibina

2.3.2 Peranan dan Fungsi LandskaP
Secara umumnya, landskap terbahagi kepada dua jenis yang utama. Jenis-jenis landskap itu adalah:
(a) Jenis Landskap Lembut
Landskap jenis ini adalah terdiri daripada pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan hiasan taman.
(b) Jenis Landskap Kejur/Kasar
Landskap jenis ini pula, terdiri daripada unsur-unsur binaan , tempat sampah, papan tanda, lampu, arca-arca awam dan elemen !zikal yang lain.
Fungsi dan peranan utama landskap dalam kehidupan seharian adalah:
(a) Memberi Teduh
Pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan yang bersaiz besar akan memberikan kesan teduh daripada pancaran sinaran matahari pada waktu siang hari dan limpahan cahaya lampu jalan raya pada waktu malam hari. Dengan adanya pokok besar, ianya akan dapat memelihara suasana sekeliling daripada bahang cahaya matahari yang panas. Pantulan cahaya matahari akan diserap oleh pokok-pokok ini dan ianya akan memberikan satu kesan yang nyaman.Tanpa pokok-pokok ini, cahaya matahari akan memancar secara terus ke bumi.
(b) Pengawal Visual
Pokok-pokok besar yang ditanam boleh membantu mengawal keadaan dan pemandangan visual. Contohnya bangunan-bangunan yang tinggi akan nampak lebih cantik dan kukuh apabila dihiasi dengan pelbagai jenis pokok. Dinding-dinding bangunan yang di cat dengan warna putih akan dilitupi oleh pokok-pokok yang subur dan menghijau akan mengurangkan pantulan sinaran cahaya matahari serta dapat mengawal silauannya.
(c) Sebagai Dinding / Tirai
Ianya akan menjadi penghalang kegiatan yang berlaku di dalam rumah daripada dilihat dari luar rumah. Melindungi kedudukan rumah yang berada di lokasi bawah bukit. Selain daripada itu, ianya juga menjadi pelindung penglihatan yang mengerunkan seperti cerun bukit dan gaung yang dalam
(d) Mengawal Kebisingan
Pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan boleh bertindak sebagai agen penapis untuk mengurangkan kebisingan bunyi kenderaan dan sebagainya.
(e) Mengawal Hakisan Tanah
Tumbuh-tumbuhan yang telah ditanam akan dapat membantu dan mengawal hakisan air dengan dua cara: (i) Rimbunan pokok yang banyak akan mengurangkan tujahan terus air yang jatuh ke tanah (ii) Akar-akar pokok akan bertindak mencengkam tanah daripada terus menerus dihakis oleh air.
(f) Mengarah Pergerakan
Penanaman pokok-pokok bunga pagar dan tanaman penutup muka bumi yang banyak akan dapat membantu untuk mengarahkan pergerakan lalu lintas, terutama individu yang berjalan kaki. Tumbuh-tumbuhan tadi boleh digunakan untuk menghalang pergerakan terutamanya di kawasan yang dilarang masuk.
(g) Melindungi Spesies Serangga/Binatang
Tumbuh-tumbuhan yang ditanam juga akan menjadi habitat dan perumah bagi serangga, burung, tupai, riang-riang dan sebagainya.
(h) Mengawal Tiupan Angin
Pokok yang ditanam juga akan dapat membantu mengawal tiupan angin yang kuat. Ianya juga berperanan secara langsung sebagai penapis angin. Pergerakan angin akan menjadi perlahan dan terkawal apabila melalui kawasan yang mempunyai pokok-pokok besar.
(i) Membentuk Ruang
Tumbuh-tumbuhan boleh digunakan bagi tujuan membentuk sempadan kepada ruang-ruang yang tertentu. Tumbuh-tumbuhan yang berbagai jenis saiz juga akan dapat membentuk ruang.
(j) Melembutkan Pemandangan Seni Bina
Tumbuh-tumbuhan yang ditanam juga akan dapat melembutkan pemandangan bangunan-bangunan yang tinggi.
(k) Mengikat Bangunan dan Struktur dengan Permukaan Bumi
Struktur bangunan akan kelihatan lebih teguh dan terikat dengan permukaan bumi apabila ianya dikelilingi dan dilitupi dengan tumbuh-tumbuhan.
(l) Penyatuan Pelbagai Jenis Elemen Rekaan
Dengan adanya perancangan landskap yang baik, pelbagai elemen boleh digunakan bagi mewujudkan kesatuan. Pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan yang ditanam boleh menghasilkan kesan tekstur, warna, garisan dan ruang. Bayangan tumbuhan yang wujud boleh menghasilkan berbagai bentuk rupa.
2.3.3 Proses Pemilihan Tema dan Reka Bentuk
Sebelum membina dan membuat sesebuah landskap itu, anda perlulah membuat pemilihan tema yang bersesuaian dengan tujuan landskap itu dibina. Di samping itu juga, anda dikehendaki menyiapkan pelan perancangan landskap berkenaan.
Sebelum anda memilih sebarang tema yang akan digunakan dalam membuat reka bentuk landskap ini, anda juga harus mengetahui terlebih dahulu ciri-ciri landskap yang akan dibina.
(i) Pemilihan Pokok dan Tumbuhan
Pemilihan pokok yang akan digunakan sebagai hiasan adalah sangat penting. Pemilihannya bergantung kepada saiz, bentuk, warna dan jalinan. Hayat hidup juga menjadi faktor penting terutama pada
pokok-pokok yang digunakan sebagai teduhan. Kita juga boleh memilih pokok yang mengeluarkan bunga yang wangi dan warna-
warna yang menarik.
Keadaan dan rupa bentuk muka bumi sama ada ianya berbukit-bakau, landai ataupun terdapat aliran sungai di kawasan berkenaan.
(iii) Air
Terdapatnya punca air. Ini kerana air adalah merupakan faktor penting untuk tumbuhan dan landskap. Air boleh mewujudkan suasana sejuk, dengan kesan bunyi dan rupa yang indah.
Kebiasaannya dalam kawasan landskap akan dibina kolam, air terjun dan juga pancutan air.
(iv) Struktur
Struktur diwujudkan bagi kemudahan pengguna. Contohnya seperti lorong pejalan kaki, pagar, tembok, bangku, kerusi, pondok dan sebagainya.
(v) Perabot Landskap
Perabut landskap ialah struktur yang dibina untuk kemudahan penggunaan dan menambahkan keindahan landskap. Biasanya
perabot-perabot ini diperbuat daripada kayu, batu, simen dan besi.
(i) Langkah Pertama
Menandakan dan membuat pergerakan di kawasan persekitaran sekolah.
(ii) Langkah Kedua
Mengenal pasti jenis tumbuhan dari aspek hayat hidup, saiz, rupa, bentuk, warna dan jalinan.
(iii) Langkah Ketiga
Membuat lakaran pelan ruang persekitaran sekolah dengan menggunakan pensel. Kerja ini berdasarkan pengetahuan asas seni
reka.
(iv) Langkah Keempat
Proses pemilihan lukisan pelan adalah berdasarkan kepada keperluan jenis-jenis pokok dan alat perabot luaran yang sesuai. Pastikan aspek-aspek rekaan dipenuhi.
(v) Langkah Kelima
Melukis lukisan yang lengkap dengan perspektif tentang landskap
berdasarkan susun atur, skala lukisan dan pandangan tirus lukisan
dua dimensi untuk mendapatkan perspektif tiga dimensi.
(vi) Kemasan
Pelan dan lukisan hendaklah dilekatkan pada bingkai dan pastikan ada ruang nama, tajuk dan penunjuk arah.
Sumber: http://www.conceptdraw.com/products/img
2.3.4 Perlaksanaan Reka Bentuk Landskap
Setelah selesai membuat perancangan dan memilih tema dan reka bentuk yangsesuai maka tibalah masa bagi anda melaksanakannya. Terdapat empat peringkat yang utama dalam proses perlaksanaan penghasilan landskap ini. Peringkat-peringkat itu adalah:
- Menentukan tempat/kawasan yang akan dibina landskap berkenaan.
- Mengenal pasti tujuan landskap berkenaan dibina.
- Mengenal pasti/memilih unsur-unsur landskap yang sesuai untukB digunakan.
- Menentukan kedudukan unsur-unsur landskap yang telah dipilih.
Peringkat ini adalah tahap untuk membuat pilihan menentukan rekabentuk landskap yang akan dihasilkan. Terdapat beberapa perkara penting bagi menentukan reka bentuk landskap yang baik, antaranya ialah:
Reka bentuk yang ringkas, teratur, dan menggunakan unsur-unsur yang penting sahaja.
(ii) Beraneka
Beraneka jenis warna, bentuk dan saiz digunakan, ini bagi mengelakkan kebosanan.
(iii) Keseimbangan Menampakkan keseimbangan antara unsur landskap dengan alam
sekitar.
(iv) Penumpuan
Adakan satu kawasan tumpuan bagi menarik perhatian orang ramai.
(v) Berturutan
Berlakunya perubahan sesuatu unsur reka bentuk dan ianya berlaku secara beransur-ansur.
(c) Melaksanakan Perlandskapan
Peringkat ini adalah merangkumi peringkat-peringkat penanaman dan pembinaan.
(d) Menyelenggarakan Perlandskapan
Penyelenggaraan landskap merupakan satu perkara yang sangat penting dan perlu diberikan perhatian yang khusus. Sekiranya penyelenggaraan tidak dilakukan dengan sewajarnya, maka reka bentuk yang telah
dirancang tidak akan terlaksana. Antara proses penyelengaraan perlandskapan ialah: penyiraman, membuat sunggupan, pembajaan, pemangkas dan mengawal penyakit dan haiwan perosak.
- Secara keseluruhannya, di dalam topik dua ini anda dijelaskan tentang definisi Gerak Kerja Kreatif yang akan dijalankan di sekolah.
- Di samping itu juga anda didedahkan tujuan menjalankan aktiviti di dalam gerak kerja ini.
- Selain daripada itu, anda juga diterangkan cara-cara untuk merancang dan melaksanakan pembuatan catan mural di kalangan pelajar-pelajar di sekolah.
- Anda juga telah diterangkan cara-cara untuk menghasilkan reka bentuk landskap merangkumi cara pengurusan, cara perlaksanaan, pemilihan tema, pemilihan reka bentuk dan proses perlaksanaannya.
- Diharapkan apabila anda selesai membaca topik dua ini, ianya akan dapat memantapkan lagi pengetahuan anda tentang gerak kerja kreatif di sekolah.