Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi pelajar terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut, pelajar dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membuat binaan sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan pelajar dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada pelajar berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan semasa menjalankan proses penghasilan seni.
Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan di sekolah rendah merangkumi:
•Arca timbul•Arca asemblaj
•Arca bergerak
•Arca stabil
•Model
•Diorama
•Boneka
•Topeng
•Origami
0 comments:
Post a Comment