Powered by Blogger.

Tuesday, 18 August 2015

Membuat Rekaan dan Corak


Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana hasil daripada kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara.

Corak ialah struktur susunan ulangan berdasarkan motif yang dibuat secara terkawal atau bebas. Seringkali corak boleh didapati daripada:
(i)Alam semulajadi seperti bunga, siput, kayu, serangga dan haiwan
(ii)Bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah dan gunting
(iii)Geometri seperti bulat, segi tiga dan segi empat
(iv)Rupa barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan keris


0 comments:

Post a Comment

Twitter

 

. Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template