HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan de!nisi Seni dan Pengurusan dalam Pendidikan Seni;
2. Mengenal kepelbagaian jenis dan aktiviti-aktiviti Seni dan Pengurusan;
3. Menjelaskan tujuan Seni dan Pengurusan ini di dalam proses pembelajaran dan
4. Menerangkan kepentingan Seni dan Pengurusan ini kepada guru Pendidikan Seni.
PENGENALAN
Kursus Seni dan Pengurusan ini adalah proses pembelajaran yang melibatkan pelbagai aktiviti. Aktiviti-aktiviti yang telah dipilih sudah dikenal pasti boleh mendidik serta melatih pelajar yang bakal menjadi pendidik di dalam bidang Pendidikan Seni supaya boleh bekerjasama secara individu mahupun berkumpulan secara berterusan dalam menjalankan tugas yang berkaitan dengan profesion anda kelak.
Dalam proses menyediakan seorang pendidik yang mantap, berpengetahuan tinggi dan mampu untuk melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang akan dipikul nanti, pihak universiti dengan sedaya-upaya cuba menyediakan pelajar dengan berbagai-bagai latihan dan proses perancangan dan perlaksanaan projek
di dalam berbagai bidang apabila mereka mula bertugas nanti. Anda juga dinasihatkan agar dapat membuat dan melaksanakan tugasan aktiviti-aktiviti yang diberikan oleh Pensyarah dan Tutor dengan bersungguh-sungguh. Ini adalah masa yang anda ada untuk menimba pengalaman yang sebenar dalam melaksanakannya sendiri secara realiti di sekolah nanti.
Besarlah harapan sekiranya anda dapat menimba dan memperolehi sesuatu ilmu serta pengalaman yang baru setelah anda selesai mempelajari keseluruhan mata pelajaran Projek Khas ini nanti. Diharap nanti segala pengalaman dan ilmu yang telah anda perolehi ini akan menjadi sedikit bekalan untuk memulakantugas anda sebagai seorang Pendidik Seni; selain mempunyai kesungguhan dan keazamanan yang tinggi untuk mendidik anak-anak bangsa supaya menjadi insan yang berilmu serta berpengetahuan yang luas.
1.1 SENI DAN PENGURUSAN
Dalam proses melahirkan para pendidik yang cemerlang, pendidik yang mempunyai semangat dan pengetahuan yang tinggi maka pelbagai aktiviti telah dipilih. Aktiviti-aktiviti di dalam pelbagai bidang nanti akan disempurnakan oleh anda dalam Projek Khas ini.
1.1.1 Definisi Seni dan Pengurusan
Myres, B. (1985) di dalam bukunya ‘How to Look at Art’ menjelaskan bahawa Seni dan Pengurusan itu adalah sesuatu aktiviti, latihan dan tugasan yang telah dipilih dan dikenal pasti keberkesanannya bagi tujuan untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan menimba pengalaman-pengalaman baru dalam pendidikan.
Manakala D’Alleva, A.(2005) pula menegaskan di dalam bukunya ‘Method & Theories of Art History’ bahawa Seni dan Pengurusan adalah satu bentuk ujian akhir bagi menguji sejauh mana pengetahuan dan ilmu yang telah dipelajari oleh seseorang pelajar itu di sepanjang tempoh pengajian mereka. Pengujian ini perlu diadakan bagi mengetahui ‘standard’ dan kemahiran mereka semasa melaksanakan sesuatu tugas yang diberi mengikut tempoh yang telah ditetapkan. Namun begitu, secara keseluruhannya dapatlah dinyatakan bahawa takrifan Seni dan ini adalah merujuk kepada sesuatu tugasan khusus yang telah diberikan kepada pelajar yang bertujuan untuk melatih mereka menyudahkan tugasan berkenaan dan melalui serta mengalami pengalaman baru dan sebenar di dalam proses menyempurnakan pengajian mereka di dalam bidang-bidang yang mereka ceburi.
1.1.2 Kepelbagaian Jenis Aktiviti
Antara aktiviti-aktiviti berkenaan adalah seperti di jelaskan dibawah:
(a) Aktiviti Gerak Kerja Kreatif
Didalam aktiviti ini anda akan didedahkan tentang cara serta proses penghasilan mural dan landskap di sekolah.
(b) Aktiviti Pameran
Kepentingan mengadakan pameran, menguruskan pameran dan melaksanakan pameran akan diterangkan kepada anda dalam aktiviti ini
(c) Aktiviti Seminar
Anda juga akan didedahkan kepada cara untuk mengendalikan sesuatu seminar bermula daripada peringkat awal perancangan sehinggalah selesai seminar itu dijalankan.
(d) Aktiviti Kajian Tindakan
Bagi mengetahui dan mengambil langkah tindakan susulan untuk menambah baik sesuatu perkara itu maka anda akan didedahkan kepada cara untuk mengendalikan Kajian Tindakan.
(e) Aktiviti Penghasilan Karya
Di dalam aktiviti ini anda akan diperkenalkan kepada cara untuk menghasilkan karya Seni Visual dan Seni Kraf disamping proses penyediaan Folio pelajar.
(f) Aktiviti Ekspedisi Visual
Bagi melahirkan pelajar yang kreatif serta boleh bekerjasama di dalam satu kumpulan, anda akan didedahkan kepada cara untuk mengendalikan Ekspedisi Visual.
(g) Aktiviti Ekspo Karya Seni dan Produk Industri
Di dalam aktiviti ini anda akan didedahkan cara untuk menyemaikan semangat keusahawanan di kalangan pelajar. Di samping itu juga anda akan diterangkan cara untuk mengendalikan aktiviti ini dengan sempurna.
(h) Aktiviti Pementasan Seni
Bagi melatih, mendidik dan membentuk pelajar supaya menjadi insan yang kreatif dan mempunyai daya keyakinan diri yang tinggi anda juga akan didedahkan tentang cara untuk mengadakan dan mengendalikan pementasan seni.
(i) Aktiviti Pertandingan Seni Visual
Di samping mendidik pelajar untuk mempunyai tahap keyakinan yang tinggi anda juga akan didedahkan cara untuk memotivasikan dan menghargai diri pelajar. Justeru, itu aktiviti telah dikenal pasti sebagai satu cara untuk menggalakan mereka menghasilkan karya-karya yang lebih aktif dan mempunyai nilai estetika yang tinggi.
Diharap nanti apabila anda telah menjalankan dan menyempurnakan semua tugasan yang berdasarkan aktiviti-aktiviti yang telah disenaraikan di atas, ianya akan mendapat sedikit sebanyak memberikan pengalaman yang akan anda gunakan semasa bertugas kelak. Proses perancangan dan perlaksanan semua aktiviti di atas akan dijelaskan serta diterangkan secara terperinci di setiap topik di dalam modul ini nanti.
AKTIVITI
Anda dikehendaki melayar laman web: http://www.getty.edu/education/ dan laman web: http://americanart.si.edu/ bagi mendapatkan maklumat terperinci tentang aktiviti-aktiviti pameran.
1.2 TUJUAN
Tujuan Seni dan Pengurusan ini adalah untuk melahirkan pendidik didalam bidang pendidikan seni yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Diharap dengan mempelajari dan menyiapkan semua tugasan yang diberi dalam modul
Projek Khas ini akan dapat membantu proses pembentukan pendidik yang lebih bersifat holistik.
Di antara tujuan utama Seni dan Pengurusan ini adalah untuk:
(a) Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran bidang Pendidikan Seni lebih menarik;
(b) Membantu untuk memahami sejauh mana kemampuan diri anda sebagai seorang guru pendidikan seni;
(c) Membantu perkembangan intelek terutama dari aspek penyelesaian masalah;
(d) Memotivasikan anda menjadi guru yang kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti yang seimbang, berketerampilan dan profesional;
(e) Membantu ke arah perkembangan insan secara seimbang dan menyeluruh;
(f) Membantu menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitaran dan kaitannya dengan keselesaan hidup seharian; dan
(g) Berupaya mengintegrasikan pendidikan seni dengan mata pelajaran lain melalui aktiviti yang telah dijalankan selaras dengan hasrat kurikulum kebangsaan.
1.2.1 Perlaksanaan Tugas Spesifik
Proses perlaksanaan tugas spesi!k yang telah diberikan adalah satu perkara yang perlu diberikan perhatian yang utama. Ianya akan melibatkan beberapa peringkat yang penting. Di antara peringkat-peringkat tersebut adalah (rujuk Rajah 1.1):
(a) Peringkat Mengenal Pasti Tugasan
Pada peringkat ini, anda perlu membuat kajian awal yang terperinci bagi mencari maklumat-maklumat berkenaan dengan tugasan khusus yang telah diberikan. Anda adalah disarankan supaya mencari sebanyak mungkin maklumat tentang tugasan itu. Ini bertujuan untuk memudahkan membuat perancangan pada peringkat seterusnya.
(b) Peringkat Perancangan
Berdasarkan maklumat yang telah perolehi, anda dikehendaki merancang satu kaedah ataupun menggunakan mekanisma yang sesuai untuk diguna pakai bagi melaksanakan tugasan tersebut. Perancangan yang rapi dan teliti perlulah anda lakukan agar semasa perlaksanaan tugasan itu nanti, ianya boleh dijalankan dengan lancar dan sempurna.
(c) Peringkat Perlaksanaan
Berpandukan daripada perancangan rapi yang telah anda buat, maka pada peringkat ini perlaksaanan tugasan itu akan bermula. Anda hendaklah melakukan kerja-kerja perlaksananaan tugasan ini berdasarkan kepada ketepatan masa yang telah diperuntukkan. Kesempurnaan tugasan ini dijalankan adalah bergantung pada kecekapan dan kepandaian anda menguruskan kerja di dalam ruang masa yang telah ditetapkan.
Peringkat-peringkat perlaksanaan Tugas Spesi!k
1.2.2 Aktiviti Individu ataupun Berkumpulan
Tugasan untuk melaksanakan akitiviti-aktiviti di dalam Projek Khas ini akan diberikan dalam dua bentuk. Bentuk pertama adalah aktiviti yang dilaksanakansecara individu dan bentuk kedua pula adalah aktiviti yang perlu dilaksanakan secara berkumpulan.
(a) Aktiviti Individu
Bentuk tugasan individu adalah melibat diri anda seorang sahaja bermula dari peringkat awal sehinggalah ke akhir. Tugasan individu ini biasanya mengkehendaki diri anda mempunyai cukup maklumat berkenaan dengan tugasan yang akan dibuat. Perancangan yang teliti dan semangat kuat adalah diperlukan untuk menyempurnakannya. Contohnya, apabila anda diberikan tugasan untuk menghasilkan sebuah
catan, anda mestilah telah mempunyai pendedahan yang secukupnya
dari segi teknikal, praktikal dan teoritikal.
Hasil karya catan individu yang baik adalah bergantung kepada kemampuan anda mengembang dan mengolah idea sesuatu subjek yang telah dipilih sebagai tema utama. Di samping itu juga, pengalaman luas
di dalam pembacaan dan juga pemerhatian pada hasil kerja individu lain juga merupakan salah satu faktor penyumbang ke arah penghasilan karya catan yang baik.
Secara keseluruhannya, melaksanakan sesuatu tugasan secara individu adalah satu tugasan yang berat lagi mencabar kemampuan sesorang individu itu. Segala keputusan, perancangan dan perlaksanaannya adalah bergantung sepenuhnya kepada kemahiran, kemampuan dan kebolehan anda.
(b) Aktiviti Berkumpulan
Tugasan aktiviti secara berkumpulan biasanya melibatkan lebih daripada seorang individu bermula dari peringkat awal sehinggalah sempurna tugasan tersebut. Cabaran dan bebanannya agak kurang dalam
melaksanakan tugasan berkumpulan. Ini disebabkan oleh bebanan kerja boleh dibahagikan sama rata di kalangan ahli kumpulan. Contoh tugasan tersebut adalah mengadakan satu seminar, di mana anda
bersama-sama dengan ahli kumpulan anda boleh membahagikan bebanan kerja dengan melantik ahli jawatan kuasa kerja. Secara tidak langsung, penyelesaian tugasan mengadakan seminar itu menjadi lebih mudah dan cepat.
Di samping itu juga, aktiviti berkumpulan ini akan memupuk semangat kerjasama di dalam kumpulan. Tolong menolong di antara satu individu dengan individu yang lain akan berlaku bagi mencapai satu objektif yang sama. Sekiranya terdapat masalah yang timbul, anda mempunyai kawan untuk berbincang untuk mencapai kata sepakat bagi menyelesaikan permasalahan tersebut.
Konsep berbincang, bertolak ansur, merancang, membuat keputusan dan melaksanakan tugasan tersebut secara terancang lazimnya diguna pakai dalam menyempurnakan tugasan secara berkumpulan ini. Secara umumnya, dapatlah dinyatakan bahawa tugasan berkumpulan adalah pendekatan yang paling baik digunakan untuk mengadakan sesuatu aktiviti yang besar dan melibatkan ramai orang.
Aktiviti-aktiviti yang terkandung di dalam Projek Khas ini adalah merupakan gabungan aktiviti-aktiviti di dalam pelbagai bidang ilmu dan pengetahuan. Ianya sangat penting kepada seorang pendidik itu dalam proses menyediakan diri mereka dengan pengalaman dan pengetahuan yang cukup sebelum melangkah
ke alam pendidikan yang sebenar. Di samping itu juga, projek khas ini berupaya untuk menambahkan pengetahuan yang sedia ada, melalui pengalaman sebenar dan menambah nilai keyakinan dan jati diri seseorang bakal pendidik itu.
Secara tidak langsung juga aktiviti-aktiviti yang terkandung di dalam projek khas ini akan membantu bakal pendidik menambah lagi pengetahuan. Aktiviti-aktiviti daripada projek khas ini juga boleh anda kaitkan dengan:
(a) Hubung kait ilmu-ilmu baru kepada pengetahuan yang sedia ada;
(b) Menyusun atur maklumat dan pengetahuan;
(c) Mengekspresi ilmu baru dalam bentuk baru;
(d) Memberikan gambaran mengenai pengetahuan baru dengan berbagai cara dan bentuk;
(e) Menyampaikan pengetahuan baru melalui representasi dan persembahan; dan
(f) Mengukuhkan pemahaman dengan aktiviti lanjutan.
1.3.2 Pengalaman
Berdasarkan daripada pengalaman sebenar yang dilalui dan diperoleh semasa menyelesaikan tugasan-tugasan projek khas ini, diharap ianya akan dapat membantu para pendidik untuk membimbing pelajar dengan lebih kreatif dan inovatif lagi. John Dewey (1934) di dalam bukunya ‘Art as Experience’ juga mengatakan bahawa pengalaman itu adalah merupakan salah satu faktor penting yang mempengaruhi seseorang pengkarya itu di dalam proses menghasilkan karya yang baik. Melalui pengalaman yang diperolehi ini juga diharap pendidik akan dapat memupuk budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni visual.
Di samping itu ianya juga boleh meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi, disiplin serta kemahiran dalam bidang seni visual yang dapat diamalkan dalam kehidupan dan kerjaya.Selain itu juga, diharap pengalaman yang diperoleh dapat memupuk kesedaran dan penghargaan terhadap suasana seni dalam persekitaran serta kaitannya dengan keselesaan hidup. Pengalaman yang diperolehi ini juga akan dapat merangsang dan memantapkan lagi semangat bina jati diri ke arah pembentukan negara serta bangsa yang berpengetahuan tinggi.
1.3.3 Nilai
Aspek-aspek nilai yang boleh diperolehi melalui aktiviti-aktiviti projek khas ini adalah pendidik itu akan dapat menanam dan memupuk nilai-nilai murni seperti saling faham memahami, ramah mesra dan menghargai hasilan seni, memupuk sikap mencintai alam sekeliling dan cinta kepada negara. Selain daripada itu, pendidik juga berkeupayaan membuat pertimbangan yang wajar di samping peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat dan berusaha ke arah yang lebih produktif serta ber!kiran positif. Di samping itu juga, nilai-nilai kemanusiaan yang diperoleh itu juga akan menjadi pendorong untuk memberikan bimbingan yang wajar dengan membetulkan kesilapan pelajar dalam proses pembelajaran.
Secara keseluruhannya, dapatlah dirumuskan bahawa keseluruhan topik ini menerangkan kepada anda tentang takrif projek khas, tujuan dan kepentingannya di dalam pembelajaran seni visual.
Anda juga didedahkan pada jenis-jenis aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan di dalam kursusini nanti. Selain daripada itu juga, anda diterangkan tentang kepentingan projek khas ini kepada guru pendidikan seni.
Dewey, J. (1934). Art as experience. New York: Putnam.
D’Alleva, A. (2005). Methods & Theories of art history. London: Laurence King Publishing.
Myers, D. (1985). How to look at art. London: George Rainbird Ltd.
Otto G. Ocvirk,Robert E. Stinson,Philip R. Wigg,Robert O. Bone & David L.
Cayton (1994). Art fundamentals : Theory & practice (seventh ed.). London :
Brown & Benchmark
0 comments:
Post a Comment