Powered by Blogger.

Tuesday, 18 August 2015

Topik 2
Gerak Kerja Kreatif untuk Sekolah Rendah dan Menengah

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1.  Menerangkan maksud Gerak Kerja Kreatif;
2.  Mengaplikasi proses untuk menghasilkan sebuah catan mural; dan
3.  Mengaplikasi cara untuk menghasilkan sebuah landskap.

PENGENALAN
Setelah  anda  mengetahui  secara  ringkas  tentang  senarai  aktiviti-aktiviti  yang telah  dikenal  pasti  dan dipilih  untuk  dijadikan  sebagai  aktiviti-aktiviti  yang perlu  anda  pelajari  bagi  menambahkan  ilmu pengetahuan  dan  menimba pengalaman sebenar sebagai persediaan diri sebagai guru pendidikan seni kelak. Topik  ini  adalah  merupakan  penjelasan  dan  penerangan  tentang  aktiviti  yang pertama  dalam  senarai aktiviti-aktiviti  didalam  modul  Projek  Khas  ini.  Dalam topik ini nanti anda akan didedahkan kepada beberapa aktiviti yang memerlukan daya kreativiti dan pemikiran yang kritis untuk melaksanakannya.
Aktiviti-aktiviti  berkenaan  adalah  aktiviti  Gerak  Kerja  Kreatif  yang  melibatkan proses  untuk menghasilkan  sebuah  mural  dan  proses  untuk  menghasilkan sebuah landskap yang menarik serta boleh membantu mencantikkan lagi suasana persekitaran. Di samping itu juga ianya boleh membantu ke arah pemeliharaan alam sekitar yang bersih. 

AKTIVITI 2.1
Anda dikehendaki mencari maklumat-maklumat tambahan yang lain berkenaan dengan Gerak Kerja Kreatif yang lain dan cuba rancangkan satu aktiviti kreatif di kalangan  rakan-rakan sekelas anda.

2.1 PENGENALAN GERAK KERJA KREATIF

Gerak  Kerja  Kreatif  adalah  merupakan  aktiviti-aktiviti  yang  dirancangkan  dan dilaksanakan secara berkumpulan. Ianya melibatkan lebih dari seorang individu. Dalam  keadaan  gerak  kerja  berkumpulan  ini  ianya  akan  menjadikan  idea  itu lebih unik dan berkembang dengan lebih cepat. Ianya juga secara tidak langsung akan melatih kita untuk bekerja secara berkumpulan.

2.1.1 Definisi Gerak Kerja Kreatif


Al  Hurwitz  dan  Day,  M.  (2007)  menjelaskan  bahawa  Gerak  Kerja  Kreatif  itu adalah  aktiviti-aktiviti yang  melibatkan  pemikiran  yang  kreatif  dan  kritis  di samping melahirkan idea-idea baru yang boleh dikongsi  bersama. Mereka  juga menegaskan bahawa gerak kerja ini adalah bersifat in!niti dan tidak pernah ada titik penghujung.Umumnya,  gerak  kerja  ini  merujuk  kepada  perancangan  dan  perlaksanaan 
aktiviti-aktiviti  yang memerlukan lebih  daripada  seorang  individu.  Contohnya, dalam  proses  membuat  kain  rentang  ataupun  menghasilkan  ‘rock-garden’  di sekolah,  ianya  akan  melibatkan  banyak  pihak  dan  ianya  memerlukan  satu perancangan dan persiapan yang sangat rapi. Namun  begitu  gerak  kerja  kreatif  ini  juga  merupakan  salah  satu  aktiviti  yang boleh  melatih  kita  mendisiplinkan  diri  di  dalam  proses  menghasilkan  sebuah karya seni.   

2.1.2 Objektif Gerak Kerja Kreatif

Objektif-objektif Gerak Kerja Kreatif ini adalah:

(a)  Memupuk kerjasama secara berkumpulan;
(b)  Melatih  pelajar-pelajar  supaya  menjadi  lebih  kreatif  dalam  proses menghasilkan kerja seni;
(c)  Mendisiplinkan diri pelajar dalam proses menghasilkan kerja seni; dan
(d)  Melatih  pelajar  untuk  meneroka,  mengembangkan  dan  memurnikan  idea-idea kreatif yang baru.

Objektif-objektif  yang  disarankan  ini  dilihat  sangat  relevan  dengan  aspirasi pendidikan  seni  visual.  Ini disebabkan  subjek  ini  dilihat  sebagai  satu  cabang disiplin  yang  membolehkan  !kiran  kreatif berkembang  kerana  sifatnya  yang tidak konservatif dan tidak jumud. Gerak  kerja  dan  aktiviti  seni visual itu  seharusnya  dijadikan  satu  landasan terbaik  bagi  proses  pembelajaran  di  sekolah  untuk mengembangkan  kreativiti di  kalangan  murid.  Selain  menggalakkan  penjanaan  idea,  aktiviti  ini  banyak 
memberikan peluang dan kebebasan kepada murid untuk melakukan eksplorasi dan percubaan bagi menghasilkan sesuatu karya seni yang terbaik.     

AKTIVITI 2.2
Anda  dikehendaki  memikirkan  satu  tema  dan  konsep  yang bersesuaian  dan    menarik  untuk menghasilkan  sebuah  mural  di sekolah.

2.2 AKTIVITI PENGHASILAN MURAL

Salah  satu  aktiviti  yang  telah  dipilih  dalam  Gerak  Kerja  Kreatif  ini  adalah penghasilan  mural.  Ianya merupakan  gerak  kerja  yang  dijalankan  secara berkumpulan.  Lazimnya,  penghasilan  mural  ini dilakukan  di  bahagian  luar bangunan sebagai satu hiasan dinding bagi mencantikkan bangunan tersebut.

2.2.1 Definisi Mural

Al  Hurwitz  dan Day, M.  (2007)  menjelaskan  takrifan  mural  ini  di  dalam  buku mereka yang berjudul ‘Children and Their Art’  sebagai sebuah catan yang sangat besar  yang  dihasilkan  di  atas  dinding.  Mural  ini  juga  merupakan  sebahagian daripada  hasil  karya  seni  yang  sangat  unik  dan  proses  penghasilannya memerlukan  perancangan  yang  rapi  dan  mengambil  masa  yang  lama  untuk 
disiapkan.  Misalnya  pada  zaman  Renaissance,  Michelangelo  telah  pun  menghabiskan masanya selama 14 tahun untuk menyiapkan keseluruhan mural di dalam Sistine Chapel, Rom. Pada zaman itu  beliau menggunakan fresco  sebagai  bahan utama untuk menghasilkan mural. Walaupun mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan  namun  ianya  masih  kekal  sebagai  satu  hasil  karya  seni  yang  agung 
sehinggalah ke hari ini.  Berdasarkan  kepada  sejarah  seni  Barat,  sejarah  penghasilan  mural  ini  telah 
bermula sejak Zaman Paleolitik (35,000-8,000) sebelum masehi lagi. Mural yang pertama  sekali  ditemui  di  Gua  Lascaux,  Montignac,  Perancis.  Ianya  dipercayai dihasilkan  oleh  golongan  primitif  di  sekitar  tahun  15,000-10,000  sebelum  tahun masehi. Mereka menghasilkan mural ini pada dinding-dinding gua yang menjadi kediaman  mereka  dengan  menggunakan  batu  kapur  sebagai  bahan  untuk melukis.  Secara keseluruhannya, dapatlah ditakrifkan mural ini adalah merupakan satu catan bersaiz  besar  yang  dihasilkan di  atas  satu  permukaan  dinding  dan mempunyai tema yang telah ditetapkan oleh penaja ataupun oleh pelukis itu sendiri. 





2.2.2 Proses Pemilihan Tema dan Reka Bentuk

Seseorang  guru  itu  mesti  bijak  memainkan  peranannya  dalam  merancang pelaksanaan  penghasilan catan  mural  ini.  Kebiasaannya,  aktiviti  menghasilkan mural ini dijalankan secara berkumpulan. Tema yang lazimnya digunakan adalah berdasarkan  kepada  isu-isu  sekeliling  ataupun  berdasarkan  pada pengalaman dan kehendak kumpulan pelajar berkenaan.
Guru boleh mendedahkan pelajar kepada poster-poster, papan tanda, !lem dan sebagainya sebelum mereka memulakan lakaran idea yang pertama. Ini bertujuan agar  mereka  mendapat  sedikit-sebanyak  pencetus idea  permulaan.  Guru hendaklah cuba mengenal pasti idea-idea yang boleh dikembangkan oleh pelajar 
-pelajar  bagi  menyediakan  satu  lakaran  cadangan  kepada  proses  penghasilan mural yang sebenarnya nanti.
Subjek-subjek  seperti  bangunan-bangunan,  rumah-rumah,  kumpulan  orang yang  sedang melakukan satu aktiviti  adalah  sangat  sesuai  dipilih  untuk  tujuan penghasilan  aktiviti  secara  berkumpulan  ini.  Cuba elakkan  memilih  tema yang  menjurus  ke  arah  peribadi  sesorang  pelajar  itu.  Ini  akan  menyebabkan 
idea  itu  akan  menjadi  sempit  dan  sukar  untuk  dikembangkan  dalam  bentuk satu  kumpulan.  Guru  juga  disarankan  agar  dapat  memilih  tema-tema  yang mempunyai  banyak  elemen-elemen  rupa  dan  bentuk    apabila  ianya  dihasilkan dalam bentuk mural nanti.
Apabila  persetujuan  ahli  kumpulan  telah  diputuskan,  guru  bolehlah mengarahkan  mereka  untuk membuat  beberapa  cadangan  dan  perkembangan idea  sebelum  menghasilkan  lakaran  cadangan  akhir berserta  dengan  cadangan kajian warna yang akan digunakan nanti.   
   
2.2.3 Pengurusan dan Perlaksanaan Mural


Di  dalam  proses  menghasilkan  sebuah  mural  yang  akan  dibuat  pada  dinding sekolah  beberapa perkara  penting  perlu  diambil  kira  bagi  melancar  dan memudahkannya. Di antara perkara-perkara berkenaan adalah:
(a)  Mengenal  pasti  dinding-dinding  yang  akan  dibuat  mural  berdasarkan kepada idea-idea yang telah di  putuskan;
(b)  Membentuk satu kumpulan tenaga kerja kreatif yang dipilih dari kalangan pelajar.  Kalau  boleh  biarlah  kelab  seni  yang  menguruskan  hal-hal penghasilan  mural  ini. Aktiviti  penghasilan  mural  ini  akan  lebih  memberi makna kepada ahli-ahli yang terlibat;
(c)  Menyediakan  peralatan  dan  bahan-bahan  yang  akan  digunakan  untuk menghasilkan mural. Contohnya cat, berus, bekas untuk mencampur warna dan sebagainya; 
(d)  Sediakan tangga dan binalah menara, sekiranya diperlukan. Ianya bertujuan untuk mewarna di bahagian yang lebih tinggi;
(e)  Guru  dikehendaki  menetapkan  jangka  masa  yang  diperlukan  untuk menyiapkan  sesuatu  mural  itu.  Ini  bertujuan  supaya  pelajar-pelajar  yang terlibat  dalam  proses  penghasilan  mural  itu  tidak  bosan.  Dikhuatiri sekiranya  proses  penghasilannya  terlalu  lama  akan  melemahkan momentum kerja-kerja mereka; dan 
(f)  Apabila selesai penghasilan mural berkenaan, catatkan nama-nama mereka yang  terlibat  sebagai  tanda  penghargaan  dan  memotivasikan  diri  mereka dalam penghasilan karya seni.  

Rajah 2.3: Contoh perlaksanaan mural di sekolah
Sumber: http://www.woodchuck-creations.com/MU_hb70184.jpg

2.3 AKTIVITI REKA BENTUK LANDSKAP





Tumbuh-tumbuhan adalah merupakan  sebahagian  daripada  ekologi  alam  yang membekalkan  oksigen, makanan  dan  kayu  sebagai  salah  satu  daripada  bahan keperluan  asas  manusia.  Berdasarkan  pada fakta  inilah  aktiviti-aktiviti  reka bentuk  landskap  dihasilkan.  Ianya  juga  dihasilkan  bagi  memenuhi pemintaan pengguna dalam mencantikkan pemandangan sekeliling di samping membantu memelihara kitaran ekosistem yang kian tercemar.
  
Aktiviti  menghasilkan  landskap  adalah  merupakan  satu  gerak  kerja  yang dijalankan secara berkumpulan. Ianya adalah merupakan salah satu bentuk gerak kerja kreatif yang memerlukan kerjasama yang sempurna dan perancangan yang rapi dari mula sehinggalah siap sesuatu reka bentuk itu.

2.3.1 Definisi Landskap


Perkataan  landskap  ini  berasal  daripada  negara  Belanda  yang  disebut  sebagai ‘lanschap’.  Landskap bermaksud  satu  pemandangan  yang  asli  dan  gubahan pemandangan  yang  dihasilkan  daripada  unsur-unsur  bahan  asli  atau  binaan manusia untuk menjadikan suasana persekitaran lebih berfungsi dan menarik. 
Ada  sesetengah  buku  menyatakan  maksud  landskap  adalah  merupakan pemandangan  yang  boleh dilihat  secara  semula  jadi  ataupun  buatan  manusia. Ianya boleh dibahagikan kepada beberapa kategori yang merangkumi landskap, kediaman, komersial, institusi, pinggir jalan dan kemudahan awam. 
Manakala reka bentuk landskap pula merupakan gabungan bidang reka bentuk taman  dan  reka  bentuk seni  bina  landskap.  Beberapa  elemen  harus  diberikan perhatian  yang  utama  dalam  proses menghasilkan  reka  bentuk  landskap  yang menarik. Elemen-elemen itu adalah: 

(a)  Elemen Fizikal (bentuk muka bumi);
(b)  Elemen Benda Hidup (!ora dan fauna);
(c)  Elemen Abstrak (keadaan cuaca);
(d)  Elemen Bangunan (seni bina); dan
(e)  Elemen Manusia (aktiviti manusia).

Contoh-contoh landskap yang telah siap dibina




2.3.2 Peranan dan Fungsi LandskaP

Secara umumnya, landskap  terbahagi  kepada  dua  jenis  yang  utama.  Jenis-jenis landskap itu adalah:

(a)  Jenis Landskap Lembut
 Landskap  jenis  ini  adalah  terdiri  daripada  pokok-pokok  dan  tumbuh-tumbuhan hiasan taman.
(b)  Jenis Landskap Kejur/Kasar
 Landskap  jenis  ini  pula,  terdiri  daripada  unsur-unsur  binaan  ,  tempat  sampah, papan tanda, lampu, arca-arca awam dan elemen !zikal yang lain.
   
Fungsi dan peranan utama landskap dalam kehidupan seharian adalah:

(a)  Memberi Teduh
Pelbagai  jenis  tumbuh-tumbuhan  yang  bersaiz  besar  akan  memberikan kesan teduh daripada pancaran sinaran matahari pada waktu siang hari dan limpahan cahaya lampu jalan raya pada waktu malam hari. Dengan adanya  pokok  besar,  ianya  akan  dapat  memelihara  suasana  sekeliling daripada bahang cahaya matahari yang panas. Pantulan cahaya matahari akan  diserap  oleh  pokok-pokok ini  dan  ianya  akan  memberikan  satu kesan yang nyaman.Tanpa pokok-pokok ini, cahaya matahari akan memancar secara terus ke bumi.

(b)  Pengawal Visual
Pokok-pokok  besar  yang  ditanam  boleh  membantu  mengawal  keadaan dan  pemandangan  visual. Contohnya  bangunan-bangunan  yang  tinggi akan nampak lebih cantik dan kukuh apabila dihiasi dengan pelbagai jenis pokok. Dinding-dinding bangunan yang di cat dengan warna putih  akan dilitupi oleh pokok-pokok yang subur dan menghijau akan mengurangkan pantulan sinaran cahaya matahari serta dapat mengawal silauannya.

(c)  Sebagai Dinding / Tirai

Ianya  akan  menjadi  penghalang  kegiatan  yang  berlaku  di  dalam  rumah daripada dilihat dari luar rumah. Melindungi kedudukan rumah yang berada di  lokasi  bawah  bukit.  Selain  daripada  itu,  ianya  juga menjadi  pelindung penglihatan yang mengerunkan seperti cerun bukit dan gaung yang dalam

(d)  Mengawal Kebisingan
Pokok-pokok  dan  tumbuh-tumbuhan  boleh  bertindak  sebagai  agen penapis  untuk  mengurangkan kebisingan  bunyi  kenderaan  dan sebagainya.

(e)  Mengawal Hakisan Tanah
 Tumbuh-tumbuhan  yang  telah  ditanam  akan  dapat  membantu  dan mengawal hakisan air dengan dua cara: (i) Rimbunan pokok yang banyak akan  mengurangkan  tujahan  terus  air  yang  jatuh  ke  tanah  (ii) Akar-akar  pokok  akan  bertindak mencengkam tanah  daripada  terus menerus dihakis oleh air.

(f)  Mengarah Pergerakan
Penanaman pokok-pokok bunga pagar dan tanaman penutup muka bumi yang banyak akan dapat membantu untuk mengarahkan pergerakan lalu lintas,  terutama  individu  yang  berjalan  kaki.  Tumbuh-tumbuhan  tadi boleh digunakan untuk menghalang pergerakan terutamanya di kawasan yang dilarang masuk.

(g)  Melindungi Spesies Serangga/Binatang
Tumbuh-tumbuhan yang ditanam juga akan menjadi habitat dan perumah bagi serangga, burung, tupai, riang-riang dan sebagainya.

(h)  Mengawal Tiupan Angin
Pokok yang ditanam juga akan dapat membantu mengawal tiupan angin yang kuat. Ianya juga berperanan secara langsung sebagai penapis angin. Pergerakan  angin  akan  menjadi  perlahan  dan  terkawal  apabila melalui kawasan yang mempunyai pokok-pokok besar.

(i)  Membentuk Ruang
 Tumbuh-tumbuhan boleh digunakan bagi  tujuan membentuk sempadan kepada  ruang-ruang  yang  tertentu.  Tumbuh-tumbuhan  yang  berbagai jenis saiz juga akan dapat membentuk ruang.

(j)  Melembutkan Pemandangan Seni Bina
 Tumbuh-tumbuhan  yang  ditanam  juga  akan  dapat  melembutkan pemandangan bangunan-bangunan yang tinggi.

(k)  Mengikat Bangunan dan Struktur dengan Permukaan Bumi
Struktur  bangunan  akan  kelihatan  lebih  teguh  dan  terikat  dengan permukaan bumi apabila  ianya dikelilingi  dan  dilitupi dengan tumbuh-tumbuhan.

(l)  Penyatuan Pelbagai Jenis Elemen Rekaan


Dengan adanya perancangan landskap yang baik, pelbagai elemen boleh digunakan bagi mewujudkan kesatuan. Pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan yang  ditanam  boleh  menghasilkan  kesan  tekstur,  warna, garisan  dan ruang.  Bayangan  tumbuhan  yang  wujud  boleh  menghasilkan  berbagai bentuk rupa. 

2.3.3 Proses Pemilihan Tema dan Reka Bentuk
Sebelum membina dan membuat sesebuah landskap itu, anda perlulah membuat pemilihan tema yang bersesuaian dengan tujuan landskap itu dibina. Di samping itu juga, anda dikehendaki menyiapkan pelan perancangan landskap berkenaan. 

(a)  Mengenal Ciri-ciri Landskap
Sebelum  anda  memilih  sebarang  tema  yang  akan  digunakan  dalam membuat reka bentuk landskap ini, anda juga harus mengetahui terlebih dahulu ciri-ciri landskap yang akan dibina.

(i)  Pemilihan Pokok dan Tumbuhan
Pemilihan pokok yang akan digunakan sebagai hiasan adalah sangat penting.  Pemilihannya  bergantung kepada  saiz,  bentuk, warna dan jalinan.  Hayat  hidup  juga  menjadi  faktor  penting  terutama  pada 
pokok-pokok  yang  digunakan  sebagai  teduhan.  Kita  juga  boleh memilih pokok yang mengeluarkan bunga yang wangi dan warna-
warna yang menarik.

(ii)  Topogra" Kawasan
Keadaan  dan  rupa  bentuk  muka  bumi  sama  ada  ianya  berbukit-bakau, landai ataupun terdapat aliran sungai di kawasan berkenaan.

(iii)  Air
Terdapatnya  punca  air.  Ini  kerana  air  adalah  merupakan  faktor penting  untuk  tumbuhan  dan landskap.  Air  boleh  mewujudkan suasana  sejuk,  dengan  kesan  bunyi  dan  rupa  yang  indah. 
Kebiasaannya dalam kawasan landskap akan dibina kolam, air terjun dan juga pancutan air.

(iv)  Struktur
Struktur diwujudkan bagi kemudahan pengguna. Contohnya seperti lorong  pejalan  kaki,  pagar,  tembok, bangku,  kerusi,  pondok  dan sebagainya.

(v)  Perabot Landskap
Perabut  landskap  ialah  struktur  yang  dibina  untuk  kemudahan penggunaan  dan  menambahkan  keindahan  landskap.  Biasanya 
perabot-perabot ini diperbuat daripada kayu, batu, simen dan besi.
  
(b)  Langkah-langkah Menyediakan Plan Landskap;
(i)  Langkah Pertama
Menandakan  dan  membuat  pergerakan  di  kawasan  persekitaran sekolah.
(ii)  Langkah Kedua
  Mengenal pasti  jenis tumbuhan dari  aspek  hayat  hidup,  saiz,  rupa, bentuk, warna dan jalinan.
(iii)  Langkah Ketiga
Membuat  lakaran  pelan  ruang  persekitaran  sekolah  dengan menggunakan  pensel.  Kerja  ini berdasarkan  pengetahuan  asas  seni
reka.
(iv)  Langkah Keempat
Proses  pemilihan  lukisan  pelan  adalah  berdasarkan  kepada keperluan  jenis-jenis  pokok  dan  alat  perabot  luaran  yang  sesuai. Pastikan aspek-aspek rekaan dipenuhi.
(v)  Langkah Kelima
 Melukis  lukisan  yang  lengkap  dengan  perspektif  tentang  landskap
berdasarkan  susun  atur,  skala  lukisan  dan pandangan tirus  lukisan
dua dimensi untuk mendapatkan perspektif tiga dimensi.
(vi)  Kemasan
Pelan dan lukisan hendaklah dilekatkan pada bingkai dan pastikan ada ruang nama, tajuk dan penunjuk arah.

Sumber: http://www.conceptdraw.com/products/img

2.3.4 Perlaksanaan Reka Bentuk Landskap
Setelah selesai membuat perancangan dan memilih tema dan reka bentuk yangsesuai maka tibalah masa bagi anda melaksanakannya. Terdapat empat peringkat yang  utama  dalam  proses  perlaksanaan  penghasilan  landskap  ini.  Peringkat-peringkat itu adalah:

(a)  Peringkat Merancang Perlandskapan
  • Menentukan tempat/kawasan yang akan dibina landskap berkenaan.
  • Mengenal pasti tujuan landskap berkenaan dibina.
  • Mengenal  pasti/memilih  unsur-unsur  landskap  yang  sesuai  untukB digunakan.
  • Menentukan kedudukan unsur-unsur landskap yang telah dipilih.
(b)  Peringkat  Reka Bentuk Perlandskapan
Peringkat  ini  adalah  tahap  untuk  membuat  pilihan  menentukan  rekabentuk  landskap  yang  akan dihasilkan.  Terdapat  beberapa  perkara penting  bagi  menentukan  reka  bentuk  landskap  yang  baik,  antaranya ialah:

(i)  Keringkasan
Reka  bentuk  yang  ringkas,  teratur,  dan  menggunakan  unsur-unsur yang penting sahaja.
(ii)  Beraneka
Beraneka  jenis  warna,  bentuk  dan  saiz  digunakan,  ini  bagi mengelakkan kebosanan.
(iii)  Keseimbangan  Menampakkan  keseimbangan  antara  unsur  landskap  dengan  alam
sekitar.
(iv)  Penumpuan
  Adakan satu kawasan tumpuan bagi menarik perhatian orang ramai.
(v)  Berturutan
  Berlakunya perubahan sesuatu unsur reka bentuk dan ianya berlaku secara beransur-ansur.
(c)  Melaksanakan Perlandskapan
Peringkat  ini  adalah  merangkumi  peringkat-peringkat  penanaman  dan pembinaan.
(d)  Menyelenggarakan Perlandskapan
Penyelenggaraan landskap merupakan satu perkara yang sangat penting dan perlu  diberikan perhatian yang khusus.  Sekiranya penyelenggaraan tidak  dilakukan  dengan  sewajarnya,  maka  reka  bentuk  yang  telah
dirancang  tidak  akan  terlaksana.  Antara  proses  penyelengaraan perlandskapan  ialah:  penyiraman, membuat  sunggupan,  pembajaan, pemangkas dan mengawal penyakit dan haiwan perosak.

RUMUSAN

  • Secara  keseluruhannya,  di  dalam  topik  dua  ini  anda  dijelaskan  tentang definisi Gerak Kerja Kreatif yang akan dijalankan di sekolah.
  • Di samping itu juga anda didedahkan tujuan menjalankan aktiviti di dalam gerak kerja ini.
  • Selain  daripada  itu,  anda  juga  diterangkan  cara-cara  untuk  merancang dan  melaksanakan pembuatan  catan  mural  di  kalangan  pelajar-pelajar  di sekolah.
  • Anda  juga  telah  diterangkan  cara-cara  untuk  menghasilkan  reka  bentuk landskap merangkumi cara pengurusan, cara perlaksanaan, pemilihan tema, pemilihan reka bentuk dan proses perlaksanaannya.
  • Diharapkan apabila anda selesai membaca topik dua ini, ianya akan dapat memantapkan lagi pengetahuan anda tentang gerak kerja kreatif di sekolah.
RUJUKAN
Al  Hurwitz  &  Day,  M.  (2007).  Children and their art: Methods for the elementary
school (8th.Ed.). Belmont C. A: Thomson Wadsworth.
Duane,  &  Preble,  S.  (1996).  Art forms (6th.Ed.)  New  York:  Harper  Collins Publishing.
Maimunah Haji Omar, (1993). Panduan pengendalian seminar & panduan penyediaan
kertas kerja: BIROTEKS, ITM : Shah Alam.
Samsudin Wahab (2006).   Mengurus majlis & acara rasmi. PTS Profesional: KualaLumpur.

0 comments:

Post a Comment

Twitter

 

. Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template