Powered by Blogger.
Showing posts with label KBM. Show all posts
Showing posts with label KBM. Show all posts

Tuesday, 18 August 2015

Komponen Kreativiti & Estetika

Teruskan Membaca...
Kraf Tradisional


Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan atau kerja-kerja berunsurkan seni yang melibatkan kemahiran kerja tangan serta memerlukan daya cipta dan kreatif masyarakat yang diwarisi turun-temurun mengikut kaum masing-masing.

Jenis-jenis Kraf
(i)Alat domestik
(ii)Alat permainan
(iii)Alat mempertahankan diri
(iv)Batik
(v)Seni tekat
(vi)Tembikar
(vii)Anyaman
(viii)Kelarai
(ix)Ukiran

Teruskan Membaca...
Membentuk dan Membuat Binaan


Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi pelajar terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut, pelajar dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membuat binaan sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan pelajar dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada pelajar berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan semasa menjalankan proses penghasilan seni.
Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan di sekolah rendah merangkumi:
•Arca timbul
•Arca asemblaj
•Arca bergerak
•Arca stabil
•Model
•Diorama
•Boneka
•Topeng
•Origami
Teruskan Membaca...
Membuat Rekaan dan Corak


Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana hasil daripada kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara.

Corak ialah struktur susunan ulangan berdasarkan motif yang dibuat secara terkawal atau bebas. Seringkali corak boleh didapati daripada:
(i)Alam semulajadi seperti bunga, siput, kayu, serangga dan haiwan
(ii)Bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah dan gunting
(iii)Geometri seperti bulat, segi tiga dan segi empat
(iv)Rupa barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan keris


Teruskan Membaca...
Melukis dan Membuat Gambar

Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi terhadap aspek melukis serta kegiatan menggunakan pelbagai media dan teknik dengan menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Penguasaan gambar akan menjadi lebih baik dan menarik sekiranya ada kepelbagaian bahan dan teknik yang diaplikasikan. 
Di dalam bidang pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah, kandungan subjek atau hal benda disesuaikan dengan pengalaman sedia ada pelajar untuk merangsang dan meningkatkan pembelajaran. Dalam aktiviti menggambar, kanak-kanak dapat menggunakan berbagai alat dan bahan untuk menghasilkan gambar mengikut cara ekspresinya yang tersendiri.


Teruskan Membaca...
Pengenalan

Tajuk Peringkat Perkembangan Lukisan Kanak-kanak merupakan kesinambungan dari tajuk satu dan dua PSV3103. Semasa sesi tutorial di IPG, anda telah menyenaraikan kekuatan beberapa teori yang merupakan latar belakang yang memberi sumbangan atau memainkan peranan terhadap teori Perkembangan Pengutaraan Tampak Kanak-Kanak. Anda juga telah menganalisis tumpuan setiap Tokoh-tokoh pendidik dan pengkaji lukisan kanak-kanak danmenghubungkaitkan kurikulum PSV KBSR dengan pandangan tokoh-tokoh tersebut. Manakala tajuk ini lebih menumpukan kepada pendapat tiga tokoh pendidik dan pengkaji lukisan kanak-kanak iaitu Herbert Read, Viktor Lowenfeld dan Laura H. Chapman. Pendapat tiga tokoh ini akan dihuraikan secara terperinci
berkaitan kajian mereka mengenai peringkat perkembangan lukisan kanak-kanak. Perbincangan akan meliputi beberapa faktor yang mempengaruhi peringkatpengutaraan tampak kanak-kanak tersebut seperti faktor budaya,sosial dan persekitaran. Untuk ini, anda juga akan menghuraikan salah satu peringkat dari aspek
budaya, sosial, persekitaran dan sebagainya serta membuat perbandingan secara terperinci peringkatperingkat perkembangan lukisan kanak-kanak mengikut pandangan tiga tokoh tersebut.



Teruskan Membaca...

Monday, 17 August 2015

Hot Air Baloon

Teruskan Membaca...

Kreativiti

Teruskan Membaca...
https://youtu.be/2Lu_cGsSQVE
Teruskan Membaca...

Apa Itu Budaya

Teruskan Membaca...

Twitter

 

. Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template