Powered by Blogger.

Tuesday, 18 August 2015

Pengenalan

Tajuk Peringkat Perkembangan Lukisan Kanak-kanak merupakan kesinambungan dari tajuk satu dan dua PSV3103. Semasa sesi tutorial di IPG, anda telah menyenaraikan kekuatan beberapa teori yang merupakan latar belakang yang memberi sumbangan atau memainkan peranan terhadap teori Perkembangan Pengutaraan Tampak Kanak-Kanak. Anda juga telah menganalisis tumpuan setiap Tokoh-tokoh pendidik dan pengkaji lukisan kanak-kanak danmenghubungkaitkan kurikulum PSV KBSR dengan pandangan tokoh-tokoh tersebut. Manakala tajuk ini lebih menumpukan kepada pendapat tiga tokoh pendidik dan pengkaji lukisan kanak-kanak iaitu Herbert Read, Viktor Lowenfeld dan Laura H. Chapman. Pendapat tiga tokoh ini akan dihuraikan secara terperinci
berkaitan kajian mereka mengenai peringkat perkembangan lukisan kanak-kanak. Perbincangan akan meliputi beberapa faktor yang mempengaruhi peringkatpengutaraan tampak kanak-kanak tersebut seperti faktor budaya,sosial dan persekitaran. Untuk ini, anda juga akan menghuraikan salah satu peringkat dari aspek
budaya, sosial, persekitaran dan sebagainya serta membuat perbandingan secara terperinci peringkatperingkat perkembangan lukisan kanak-kanak mengikut pandangan tiga tokoh tersebut.



0 comments:

Post a Comment

Twitter

 

. Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template